Kajian Tindakan merujuk kepada
penyelidikan terhadap amalan pengamal, baik secara individu mahupun bersama
pengamal lain untuk mengubah dan menambah baik amalan sedia ada. Dalam bidang
pendidikan, pengamal boleh terdiri daripada guru, pentadbir atau kaunselor
sekolah atau individu lain yang terlibat dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Sebagai penyelidik, mereka melaksanakan tindakan praktik
(intervensi) bertujuan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti amalan
masingmasing, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta
situasi di mana amalan itu dilakukan. Antara
amalan dalam kajian tindakan ialah proses membuat refleksi, merancang,
melaksanakan dan memerhati. Kajian tindakan bermula dengan timbulnya satu
masalah dalam proses PdP yang dihadapi oleh guru. Masalah ini akan cuba
diselesaikan dengan melakukan perancangan untuk mengatasinya, bertindak
mengikut strategi yang dirancang, mengumpul data dan memerhati strategi
penyelesaian dan diakhiri dengan kesan refleksi daripada hasil tindakan
tersebut. Jika penyelesaian masalah masih belum memuaskan, kitaran kajian
tindakan ini (iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek) akan diulang
sehingga objektif tercapai. Kajian tindakan merupakan satu orientasi kepada
penyelidikan berbanding kaedah. Kajian tindakan bukanlah satu kaedah. Kajian
ini menggabungkan siasatan dengan tindakan seperti satu cara perubahan
merangsang dan menyokong serta sebagai langkah menaksir kesan perubahan
itu.
Terdapat pelbagai definisi kajian
tindakan yang telah dikemukakan oleh pakar-pakar kajian tindakan. Antaranya
adalah seperti berikut:
Kemmis dan McTaggart (1988, Kajian tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif, dilakukan oleh peserta yang berada dalam sesuatu situasi sosial bertujuan meningkatkan kerasionalan dan keadilan amalan-amalan kemasyarakatan dan pendidikan mereka sendiri, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan
McNiff (1988), Kajian tindakan adalah satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatka kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalanamalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya. Ia melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan guru-guru lain secara bersama.
Somekh (1989), Kajian tindakan ialah satu kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan peserta dalam situasi sosial itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing.
Kember dan Gow (1992), Kajian tindakan melibatkan pengamal (guru) untuk mencuba membaiki pengajaran mereka melalui kitaran yang melibatkan proses perancangan, pelaksanaan, pemerhatian dan refleksi.
Kesimpulannya, berdasarkan pelbagai definisi tersebut dapat
dirumuskan bahawa kajian tindakan merupakan satu kaedah untuk guru mereflek
masalah yang mereka hadapi, memungut dan menganalisis data dan melaksanakan
perubahan terhadap amalan mereka berdasarkan dapatan-dapatan yang diperolehi.
Kajian tindakan menjurus kepada matlamat menjalankan penyelidikan tindakan,
iaitu atas keinginan dan kecenderungan guru untuk membaiki kualiti amalan atau
pengajaran pembelajaran serta situasi kerja. Sehubungan dengan itu, guru dapat
mengatasi masalah yang dihadapinya dalam konteks amalan mereka sendiri.
Rujukan
Rujukan
Chow
Fook & Jaizah Mahamud
(2011). Kajian
Tindakan:
Konsep
dan
Amalan
dalam
Pengajaran.
Selangor: Penerbitan Multimedia
Maria
Salih
(2016).
Bagaimana
Menjalankan
Kajian
Tindakan.
Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Othman
Lebar
(2011). Kajian
Tindakan
dalam
Pendidikan
: Teori
Dan Amalan.
Perak. Universiti Pendidikan Sultan Idris